[ KENYATAAN RASMI : SERUAN MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN 2018/2019]

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذيراً.  بلّغ الرسالة وأدّى الامانة ونصحَ الأمّةَ فجزاهُ اللهُ خيرَ ما جزى نبياً من أنبيائه. صلواتُ اللهِ وسلامه

عليه وعلى جميع الأنبياء والمرسلين، وعلى صحابته وآل بيته، وعلى من أحبهم إلى يوم الدين

Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada kita sehingga hari ini kita masih bernafas dan setia menggalas amanah sebagai seorang mahasiswa sains kesihatan. Tidak lupa selawat dan salam ke atas kekasih hati baginda Nabi Muhammad SAW atas jasa dan pengorbanan beliau, kita berdiri pada hari ini sebagai seorang muslim yang benar benar memahami Islam hendaknya.

 

Seperti biasa, menjelang peperiksaan akhir semester, pihak universiti akan menuntut setiap pelajar untuk membayar yuran pengajian bagi tahun tersebut. Menjadi kebiasaan pelajar untuk membayar yuran secara penuh, pada akhir tahun pengajian, iaitu sekitar bulan April dan Mei.

 

Namun demikian, melihatkan situasi terkini pihak universiti yang semakin tegas dalam urusan yuran pengajian, maka pihak Biro Akademik (BCAD) mengambil langkah awal dengan memaklumkan kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) supaya bersegera untuk membayar yuran pengajian. Urusan pembayaran yuran bolehlah dilakukan melalui draf bank dan perlu dikirim segera ke Mesir.

 

Pihak BCAD PCM khuatir sekiranya kekalutan sebelum ini akan berulang sekali lagi iaitu, pihak universiti menghalang pelajar yang tidak membayar yuran pengajian untuk menduduki peperiksaan akhir. Urusan yuran merupakan tanggungjawab pelajar dan perkara ini telah dipertegaskan oleh pihak universiti dan juga pihak EME.

 

Terdapat beberapa pemakluman yang disampaikan daripada pihak universiti kepada para pelajar:

  • Tahun 1: Pelajar hendaklah menjelaskan bayaran yuran pengajian sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang sepatutnya sebelum peperiksaan akhir Semester 1. Kegagalan dalam membuat demikian akan menyebabkan nama pelajar tidak akan didaftarkan pada Semester 2.
  • Tahun 2-6: Pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian semasa sebelum peperiksaan akhir semester ganjil masih dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. Namun begitu, pelajar tidak dapat melihat keputusan peperiksaan sem tersebut sehingga bayaran yuran pengajian telah dilakukan.

 

Keputusan membenarkan pelajar untuk menduduki peperiksaan terletak sepenuhnya di tangan pengurusan universiti. Perkara ini mungkin berubah mengikut ketetapan pihak universiti dan rayuan daripada pihak pelajar. Sehubungan dengan itu PCM menyeru semua pelajar untuk berusaha menyelesaikan yuran pengajian dengan seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kesulitan timbul pada masa akan datang.

 

Pihak PCM sedaya upaya berunding dengan pihak universiti dalam urusan kebajikan pelajar berdasarkan ruang lingkup kemampuan kami juga sebagai seorang pelajar. Amatlah diharapkan supaya setiap pelajar bersikap proaktif dan cakna dengan masalah sendiri, dan berusaha untuk menyelesaikannya. Pihak PCM sentiasa bersedia untuk cuba memberikan idea dan tenaga untuk membantu berdasarkan kemampuan kami.

 

Di kesempatan ini juga, kami mewakili PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan pelajar dan teruslah melangkah sebagai seorang penuntut ilmu yang amanah dengan ilmu kedoktorannya. Sebagai seorang bakal doktor muslim professional, kita perlu memahami bahawa kita tidak boleh sesekali berputus-asa sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dalam Surah Yusof ayat ke 87 yang berbunyi :

 

{ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ } [يوسف: 87]

Ertinya : Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang Kafir.

 

Perjalanan yang akan ditempuh ketika zaman mahasiswa inilah yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan di dalam masyarakat kelak. Oleh yang demikian, teruskan melangkah menggapai cita menjadi doktor muslim professional dan gunakan sehabis mungkin masa yang kita ada untuk melakar sejarah yang cerah pada masa hadapan.

 

Sekian.

 

”Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

 

#JiwaMahasiswa

#PCMOneBigFamily

 

 

Disediakan oleh,

 

 

 

 

 

 

 

Timbalan Ketua Biro Akademik

Khairunnisa Nabilah binti Subari
+201123169715

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Biro Akademik

Ahmad Hadi Ashraf bin Ahmad Badruddin
+20 112 2097737

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *