Telah diadakan perjumpaan antara Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) dengan Ammu Toha disertai juga oleh ahli yang berpengalaman pada 30 Mac bertempat di Qa’ah Ibnu Sina.

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan yang baharu beserta untuk mengemaskini harga pengangkutan terbaru untuk kemudahan para ahli. Harga-harga tersebut akan dimaklumkan kepada semua ahli pada masa terdekat.

Disamping itu, pihak BSAL menyeru agar semua ahli untuk mengikuti ‘page Facebook’ Tempah Di Sini (TDS) untuk sebarang perkembangan dan mengikuti setiap etika yang telah ditetapkan oleh unit tersebut. Perancangan perjalanan yang awal juga perlu untuk memudahkan semua pihak agar segala masalah dapat kita hindari bersama.

Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dengan baik dan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah menghubungi page TDS ataupun AJKT BSAL sendiri.

Sebarang aduan, cadangan dan muhasabah bolehlah salurkan di pautan berikut :
http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Together Everyone Achieve More (T.E.A.M)”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Sukan dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *