“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ” (Surah al-Asr)

Alhamdulillah, pada 13 Mac yang lalu, aktiviti usrah berjalan seperti biasa pada sebelah ikhwah mahupun akhawat.

Melalui platform usrah, hubungan ukhuwah dapat dibina bagi menutup jurang perbezaan tahun antara mentor dan mentee, di samping dapat membuka ruang kepada mentor untuk membentuk fikrah ahli ke arah kefahaman Islam yang sebenar dan syumul. Perkara ini adalah bagi menyahut seruan dua fokus pembawaan presiden PERUBATAN pada sesi ini iaitu, pembangunan modal insan yang berkualiti dan pemantapan fikrah Islam yang jelas yang mana kedua-duanya diterapkan melalui medium usrah yang telah dijalankan.

Semoga usrah yang dijalankan ini mendapat keredaan Allah S.W.T.

#JiwaiSCTerdidikGenerasi
#PCMOneBigFamily
#USRAHOneBigFamily
#JiwaMahasiswa

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *