Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada kita sehingga hari ini kita masih bernafas dan setia menggalas amanah sebagai seorang mahasiswa sains kesihatan. Tidak lupa selawat dan salam ke atas kekasih hati baginda Nabi Muhammad SAW atas jasa dan pengorbanan beliau, kita berdiri pada hari ini sebagai seorang muslim yang benar benar memahami Islam hendaknya.

Sebuah pertemuan telah diadakan antara pihak Biro Akademik (BCAD) bersama pihak Pengurusan Pelajar Fakuli Perubatan, Universiti Mansurah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu pemberian surat amaran kepada pelajar-pelajar yang belum menyelesaikan bayaran yuran bagi semester yang terkini mahupun yang lepas.

Pihak PCM telah pun cakna dengan isu ini dan mengambil keputusan untuk menghantar wakil bagi mengadakan rundingan berkaitan beberapa perkara. Biro Akademik (BCAD) telah berjumpa dengan wakil universiti, Dr Alaa Mosbah selaku Timbalan Pengarah Program Mansoura Manchester dan Encik Hesyam selaku Ketua Pengurusan Pelajar bagi menyampaikan beberapa masalah yang di hadapi pelajar Malaysia dalam isu ini.

Antara masalah yang diutarakan adalah masalah untuk menyiapkan bank draf dalam masa yang singkat dan penghantaran yang mengambil masa agak lama.

Terdapat beberapa pemakluman yang disampaikan daripada pihak universiti kepada para pelajar:
• Hasil perbincangan, pihak universiti meminta pihak PCM untuk menyampaikan kepada pelajar Malaysia yang mendapat surat amaran untuk menyelesaikan bayaran penuh yuran pengajian sesegera mungkin.
• Pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian tahun semasa masih dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. Namun begitu, pelajar tidak dapat melihat keputusan peperiksaan semester tersebut sehingga bayaran yuran penuh pengajian telah dilakukan.
• Pelajar yang mempunyai masalah fail pula, pihak universiti akan cuba sedaya upaya untuk membenarkan pelajar-pelajar ini untuk turut menduduki peperiksaan. Pihak BCAD juga dalam proses untuk mendapatkan surat rasmi daripada pihak wafideen Kaherah sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak fakulti dengan bantuan EME.

Sehubungan dengan itu, BCAD PCM dengan ini menyeru kepada semua pelajar untuk menghadapi isu dengan tenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.

Buat masa ini, pihak PCM masih lagi akan terus berusaha menggunakan beberapa medium yang ada untuk mengatasi masalah ini sebaiknya.

Pihak PCM juga menyarankan supaya semua pelajar peka dan cakna akan isu ini supaya tidak terlepas makluman-makluman susulan yang mungkin dikeluarkan dalam masa terdekat.

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil batch yang turut sama membantu dalam mendapatkan dan menyalurkan maklumat kepada ahli Mansurah khususnya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan sebaiknya sebelum peperiksaan yang mendatang.

Sekian.

”Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

Disediakan oleh,

 

 

 

 

 

 

 

Timbalan Ketua Biro Akademik

Maisarah binti Aminuddin

+60182497611

+201064986037

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Biro Akademik

Ahmad Yazid bin A. Rahim

+201115542794

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *