[ Laporan Perjalanan Hari Khas Usrah (HKU) ]

” Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin. ” (Surah az-Dzariyat : 55)

Pada hari Rabu, 27 Februari yang lalu, aktiviti usrah telah berjalan seperti biasa setiap minggu. Para mentor dan mentee berkumpul dalam bulatan kecil memantapkan kefahaman tentang fikrah Islam, berkongsi ilmu dan pengalaman serta merapatkan hubungan ukhuwah Islamiyah yang dibina.

Semoga medium usrah ini mampu menghidupkan jiwa-jiwa pemuda dan pemudi yang menjadi pelapis penyambung rantaian dakwah Islam.

#JiwaiSCTerdidikGenerasi
#PCMOneBigFamily
#USRAHOneBigFamily
#JiwaMahasiswa

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *