[ Mentor Council | Laporan Hari Khas Usrah (HKU) ]

Perjalanan usrah pada bulan Mac ini bermula pada tanggal 6 Mac yang lalu. Sebanyak 3 usrah gabungan telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada sebelah akhawat yang melibatkan ‘batch’ Chivalry, Valour dan Avicenna. Usrah SC mingguan pada bahagian ikhwah turut berjalan seperti biasa.

Antara objektif utama usrah gabungan diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli ‘batch’ itu sendiri di samping berkenal-kenalan dan bertukar ilmu dan buah fikiran sesama mentor dan mentee yang berlainan usrah.

Diharapkan wasilah tarbiyah usrah ini dapat menyemai dan menyuburkan benih-benih kefahaman Islam dalam setiap individu yang bergelar muslim untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang berserah diri.” (41:33)

#JiwaiSCTerdidikGenerasi
#PCMOneBigFamily
#UsrahOneBigFamily
#JiwaMahasiswa

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *