Pada minggu lepas, aktiviti perkumpulan usrah telah berjalan seperti biasa kerana seperti yang kita maklum, perjalanan usrah pada minggu sebelum ini agak perlahan kerana memberi laluan kepada peperiksaan pertengahan penggal bagi tahun praklinikal perubatan dan farmasi.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama mentor dan mentee dalam usrah selain hanya menyampaikan silibus. Usrah juga dijadikan medium untuk membincangkan isu semasa umat Islam, mengeratkan ukhuwah setelah seminggu tidak berjumpa kerana mengejar pencapaian akademik masing-masing dan tempat berkongsi suka duka yang berlaku sepanjang minggu tersebut.

Semoga usrah yang dilakukan dapat membangkitkan ruh keimanan dalam diri kita semua.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah al-Anfal : 2)

#JiwaiSCTerdidikGenerasi
#USRAHOneBigFamily
#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Ukhuwah, Dakwah, Tarbiyah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *