3 April 2019 yang lalu merupakan pembuka tirai bagi Hari Khas Usrah pada bulan April ini. Alhamdulillah, dengan jerit payah perjuangan baginda dan para sahabat, kita masih dapat merasai nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini.

Semoga aktiviti perkumpulan usrah yang telah dijalankan ini mampu menerapkan tiga elemen yang menjadi asas dakwah iaitu mengenal Allah, pembaikan jiwa dan kasih sayang sesama makhluk kerana kata-kata Imam Hasan Al-Banna : “Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.”

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (surah al-Anfal : 2)

 

#JiwaiSCTerdidikGenerasi
#PCMOneBigFamily
#USRAHOneBigFamily
#JiwaMahasiswa.

“Ukhuwah, Dakwah, Tarbiyah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *