[ Agenda Kesatuan | BSAL | Laporan Perjumpaan BSAL bersama ISC ]

Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) telah mengadakan kunjungan rasmi dengan wakil International Student Centre (ISC) disertai juga oleh ahli yang berpengalaman pada 28 April 2019 bertempat di Pejabat International Student Centre, Universiti Mansurah.

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memperkenal barisan kepimpinan yang baharu bagi sesi 2019/2020 dalam masa yang sama mengekalkan hubungan baik antara ISC dan BSAL.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah mengenai kerjasama aktiviti dan program antara PCM dengan ISC. Pihak ISC bersedia untuk memberikan kerjasama dan membantu pergerakan program PCM sekiranya perlu.

Selain itu, pihak ISC juga mengambil peluang ini untuk memaklumkan tentang perancangan aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dianjurkan oleh pihak ISC dalam masa terdekat ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah jaulah, pertandingan bola sepak dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar dari setiap warganegara termasuk pelajar Malaysia.

Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dengan baik dan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar. Semoga hubungan baik antara BSAL dan ISC ini terus kekal dan dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Mansurah.

Sebarang aduan, cadangan dan muhasabah bolehlah salurkan di pautan berikut:
http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Mahasiswa Teguh Bersama, Syariat Terus Terpelihara”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Sukan dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *