[ Agenda Kesatuan I Laporan Perjumpaan antara Pimpinan PCM dan Pihak Wafideen Universiti Mansurah ]

Pada 5 Mac 2019, barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah telah mengadakan kunjungan rasmi untuk bertemu dengan Pengarah International Student Administration (Wafideen), Dr Hossam el-Dine Mostafa, bertempat di Idarah Am, Universiti Mansurah.

Perjumpaan ini diadakan untuk memperkenalkan barisan pimpinan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PCM bagi sesi 2019/2020 supaya dapat memudahkan dan melancarkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Perkara ini disambut baik oleh Pengarah Wafideen dan beliau berbesar hati atas kesudian pihak PCM mengadakan kunjungan ini.

Selain itu, Dr. Hossam juga mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada barisan pimpinan PCM berkenaan perancangan aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dianjurkan oleh pihak Wafideen sepanjang bulan Ramadan ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan al-Quran, Iftar Jamaie, pertandingan bola sepak dan lain-lain. Besar harapan beliau supaya pelajar-pelajar Malaysia tidak ketinggalan untuk sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Adapun makluman lanjut mengenai aktiviti-aktiviti ini akan dimaklumkan kepada semua ahli Mansurah kemudian.

Akhir sekali, Pengerusi PCM, Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis, turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wafideen kerana sudi melapangkan masa untuk pertemuan ini sekaligus menghadiahkan Carta Organisasi AJKT PCM sebagai tanda kenang-kenangan.

Marilah kita mendoakan agar hubungan baik antara PCM dan pihak Universiti Mansurah terus mekar sekaligus mampu memberikan manfaat kepada seluruh warga Mansurah.

#PCMOneBigFamily
#JiwaMahasiswa

“Ilmuwan Berbakti, Tegus Sehati”
“Mahasiswa Teguh Bersama, Syariat Terus Terpelihara”

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *