بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita sentiasa dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

 

Bersempena cuti musim panas ini, akan berlaku beberapa pemangkuan portfolio disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

 

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. 

Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

 

Sepanjang masa berada di Mesir:

  1. Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis (Pengerusi PCM)
  2. Ahmad Yazid bin A. Rahim (Biro Akademik PCM)
  3. Muhammad Imran bin Ismail (Biro Pembangunan Insan PCM)
  4. Muhammad Adhwa Najmi bin Nasri (Biro Penerbitan & Penerangan PCM)
  5. Afiqah binti Zulkifili (Naib Pengerusi II merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar PCM)

 

Siswa

Bil. Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
1. Naib Pengerusi I merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar Muhammad Qaiyim bin Muhamad Fahmi Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis 15/7 – 15/8
2. Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi Muhammad Rusyaidi bin Amran Ahmad Yazid bin A. Rahim 7/7 – 10/9
3. Jabatan Setiausaha Mohamad Hazwan Akmal bin Norazman Muhammad Imran bin Ismail 15/7 – 1/9
4. Biro Perumahan & Biro Kebajikan Muhammad Solihin bin Shahrudin Muhammad Adhwa Najmi bin Nasri 22/6 – 26/9

 

Siswi

Bil. Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
5. Timbalan Pengerusi Noorafiqah binti Mhd Suhaimi Afiqah binti Zulkifili 1/8 – 15/8
6. Jabatan Setiausaha Diyana Fatin ‘Izzati binti Kamarulzaman Afiqah binti Zulkifili 1/7 – 1/8
7. Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi Hanis Afiqah binti Hisamuddin Noorafiqah binti Mhd Suhaimi 1/7 – 1/8
Maisarah binti Aminuddin 1/8 – 15/8
Karimah Nadiah binti Razali 16/8 – 1/9
8. Biro Akademik Maisarah binti Aminuddin Noorafiqah binti Mhd Suhaimi 1/7 – 1/8
9. Biro Pembangunan Insan Karimah Nadiah binti Razali Afiqah binti Zulkifili 1/7 – 31/7
Diyana Fatin ‘Izzati binti Kamarulzaman 1/8 – 15/8
10. Biro Perumahan & Biro Kebajikan Suhaila binti Mahyat Nur Hadirah binti Hamdan 1/8 – 3/9
11. Biro Penerbitan dan Penerangan Nur Hadirah binti Hamdan Suhaila binti Mahyat 1/7 – 1/8

 

Pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan di Mesir. Oleh itu, pihak PCM berharap agar semua ahli dapat menghubungi AJKT- AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas jika terdapat persoalan atau permasalahan mengenai mana-mana gerak kerja PERUBATAN semasa cuti musim panas ini.

 

Siiru ala barakatillah.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

#PCMOneBigFamily

#JiwaMahasiswa

 

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

Noorafiqah binti Mhd Suhaimi,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

 

 

 

 

 

Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *