بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

 

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi sesi 2019/2020 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 9 bulan sejak Mac 2019 yang lalu. Dengan tertubuhnya Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan  2019 maka menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2020/2021.

 

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

 

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2019/2020, dua orang AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah ;

                 1) MUHAMMAD SOLIHIN BIN SHAHRUDIN

                                              

    2) MUHAMMAD IMRAN BIN ISMAIL

 

Manakala dua orang AJKT wanita yang dikekalkan ialah ;

 


1) DIYANA FATIN ‘IZZATI BINTI KAMARULZAMAN

                                                            

 2) HANIS AFIQAH BINTI HISAMUDDIN

 

Semoga AJKT yang dikekalkan ini diberi kekuatan dan pertolongan oleh-Nya untuk meneruskan perjuangan dan amanah yang diberikan bersama-sama pimpinan pada sesi akan datang seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan Mansurah ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain”
(HR Ahmad, ath-Thabrani dan ad-Daruquthni)

Seeru ‘ala barakatillah.

 

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
#JiwaMahasiswa

 

 

 

 

 

 

Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *