بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah ta’ala berfirman:

وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ

“Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (ali-Imran: 159)

Dalam surah yang lain, Allah memuji kaum mukminin dengan firman-Nya:

 

وَأَمْرُهُمْ شُوْرَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ

“Dan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah dan mereka menafkahkan sebahagian yang kami rezekikan kepada mereka.” (as-Syura: 38)
Kedua ayat yang mulia itu menunjukkan tentang disyariatkan bermusyawarah.
Ditambah lagi dengan amalan Nabi S.A.W yang sering melakukannya dengan para sahabat seperti dalam masalah tawanan perang Badar, kepergian menuju Uhud untuk menghadapi kaum musyrikin, perbincangan untuk melakukan strategi-strategi dalam peperangan dan lain-lain.

 

Maka terbuktilah bahawa syura merupakan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam untuk membuat sesuatu keputusan.

 

Pada sesi kali ini, insya-Allah Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC), akan memainkan peranan dalam membincangkan serta membuat keputusan bagi menentukan barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah akan datang. Perbincangan akan dilakukan bersama ahli  MMPC yang telah dilantik.

 

Di samping itu, MMPC juga akan bergerak mengikut fasa sama seperti jalur masa dan fasa pilihan raya di cawangan lain. Butiran adalah seperti berikut:

Pengumuman AJKT Kekal : 17 November 2019

Tarikh Pengumuman Calon AJKT : 28 November 2019

Tempoh Bantahan : 28 November – 30 November 2019

Keputusan Calon AJKT : 6 Disember 2019

 

Marilah kita bersama mengambil cakna akan proses pemilihan pimpinan AJKT PCM pada sesi akan datang agar kita sama-sama peroleh manfaat daripadanya.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang menjalankan tugas,

Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *