بسم الله الرحمن الرحيم

 

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. Allah berfirman:

 

وَٱلَّذِينَ ٱسْتَجَابُوا۟ لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ

يُنفِقُونَ

 

Dan juga orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. (Surah As- Shura: Ayat 38)

 

Kaedah Pemilihan AJKT 2019/2020

 

Perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 20 Ceraian (d),

 

“Antara tugas-tugas ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”

 

Sebagaimana yang diketahui umum, sebelum ini Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) akan bertindak sebagai jawatankuasa khas bagi memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan lancar.

 

Namun begitu, selari dengan perlembagaan di atas, Lembaga Penasihat PERUBATAN telah memutuskan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) bagi menggantikan sistem pilihanraya sedia ada. Ahli MMPC akan bermesyuarat bagi mencalonkan AJKT untuk sesi akan datang.

 

Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan daripada peringkat Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN, dengan ini melantik ;

 

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC)

Pengerusi : Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya
Timbalan Pengerusi : Ummu Izzah binti Mohammad Yusof

 

 

Berserta ini merupakan lampiran jumlah AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2020/2021:

 

1) Jumlah AJKT Sesi 2020/2021 yang dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN bersama Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN 2019/2020 adalah seramai 16 orang (1 orang Pengerusi, 1 orang Timbalan Pengerusi, 7 orang AJKT Lelaki dan 7 orang AJKT Wanita).

 

2) Jumlah kerusi yang akan dimesyuaratkan melalui MMPC dengan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah seperti berikut:

 

  1. i) Jawatan Pengerusi : 1 kerusi
  2. ii) Jawatan Timbalan Pengerusi : 1 kerusi

iii) Jawatan AJKT Lelaki : 5 kerusi

  1. iv) Jawatan AJKT Wanita : 5 kerusi

 

3) 2 orang AJKT lelaki dan wanita yang dikekalkan berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28 (d).

 

4) Hasil penilaian yang dilakukan bagi tujuan penyelarasan dan tumpuan gerak kerja, jawatan yang perlu dirangkap ialah:

 

  1. a) Jabatan Setiausaha merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar
  2. b) Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi
  3. c) Biro Kebajikan merangkap Biro Perumahan

 

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) akan bergerak mengikut jalur masa yang telah disusun dan akan diselaraskan dengan pilihanraya PERUBATAN di cawangan lain.

 

Akhir kata, semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang menjalankan tugas,

Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *