Rasulullah SAW pernah membuat gambaran indah tentang persaudaraan. Beliau melukiskan bahawa persaudaraan dalam ikatan keislaman itu seperti satu tubuh. Beliau bersabda:

مثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وتَرَاحُمِهِمْ وتَعاطُفِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَداعَى لهُ سائِرُ الْجسدِ بالسهَرِ والْحُمَّى

“Perumpamaan orang-orang yang beriman, dalam saling mencintai, saling menyantuni sesama mereka, adalah laksana kesatuan tubuh. Apabila satu bahagian dari tubuh itu menderita sakit, maka seluruh badan turut merasakannya.”

(HR. Muslim)

Sungguh indah apa yang disampaikan oleh Nabi SAW. Betapa erat, dekat, dan akrab hubungan sesama muslim. Meskipun ada perbezaan, namun kita tetap satu tubuh, kita tetap harus saling bersaudara dalam ikatan keislaman. Inilah yang disebut ukhuwah islamiyah.

 

 

Semoga tautan bulatan kecil ini terus menguatkan kita.

Sebarang aduan, cadangan atau muhasabah bolehlah utarakan di pautan berikut:

http://tinyurl.com/eaduanPCM

“Ukhuwah, Dakwah, Tarbiyah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *