Pada 22 Disember 2019, wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan pertemuan ringkas bersama wakil International Student Club (ISC), Mr Mohamed Mahmoud El-Naggar selaku Penyelia Aktiviti Pelancongan & Kesenian.

Perjumpaan tersebut telah disertai oleh Pengerusi PCM (Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis), Timbalan Pengerusi PCM (Noorafiqah binti Mhd Suhaimi), Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan (Karimah Nadiah binti Razali) dan Ketua Mentor Council (Habib Abdul Azim bin Yunus).

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan penggunaan lokasi-lokasi di Dumyat dan pengangkutan bagi program LIFE 3.0 yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan luar PCM bersama pihak universiti di samping dapat memberi manfaat kepada pelajar Malaysia keseluruhannya.

Sebarang aduan, cadangan boleh salurkan di pautan berikut:

http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

PERUBATAN Cawangan Mansurah
2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *