Pada 19 Januari 2020, wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan pertemuan ringkas bersama wakil International Student Club (ISC), Mr Mohamed Hassan Nasr selaku Penyelia Aktiviti Kebudayaan & Saintifik dan Mr Mohamed Mahmoud El-Naggar selaku Penyelia Aktiviti Pelancongan & Kesenian.

Perjumpaan tersebut telah disertai oleh Timbalan Pengerusi PCM (Noorafiqah binti Mhd Suhaimi), Ketua Mentor Council (Habib Abdul Azim bin Yunus), Timbalan Mentor Council (Fathimah binti Mohd Amin), Pengarah LIFE 3.0 (Fathul Izzudin bin Kungi Kuaya) serta AJK LIFE (Aiman Azamuddin bin Aminuddin dan Nur Hadirah binti Hamdan).

Perjumpaan diadakan untuk menyelaraskan maklumat dan penempatan bagi tujuan keselamatan untuk LIFE 3.0 (Travelex) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan luar PCM bersama pihak universiti di samping dapat memberi manfaat kepada pelajar Malaysia keseluruhannya.

Sebarang aduan, cadangan boleh salurkan di pautan berikut:

http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

PERUBATAN Cawangan Mansurah
2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *