Telah diadakan perjumpaan antara Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) dengan Ammu Toha disertai juga oleh ahli yang berpengalaman pada 17 Februari 2020 bertempat di Qa’ah Ibnu Sina(QIS).

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan yang baharu beserta untuk mengemaskini harga pengangkutan terbaru untuk kemudahan para ahli. Harga-harga tersebut akan dimaklumkan kepada semua ahli pada masa terdekat.

Selain itu, pertemuan ini juga membincangkan kemudahan untuk ahli yang mahu menempah perkhidmatan pengangkutan tersebut tanpa melalui saluran Tempah Di Sini (TDS).

Di samping itu, pihak BSAL menyeru agar semua ahli untuk mengikuti ‘page Facebook’ Tempah Di Sini (TDS) untuk sebarang perkembangan dan mengikuti setiap etika yang telah ditetapkan oleh unit tersebut. Perancangan perjalanan yang awal juga perlu untuk memudahkan semua pihak agar segala masalah dapat kita hindari bersama.

Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dengan baik dan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah menghubungi ‘page’ TDS ataupun AJKT BSAL sendiri.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:
https://tinyurl.com/eaduanPCM

#PCMOneBigFamily
#HidupkuIlmu

“Together Everyone Achieve More (T.E.A.M)”
“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

Biro Sukan dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *