بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepimpinan merupakan salah satu teras yang utama dalam sistem pentadbiran Islam. Sebagai hamba Allah, kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menggalas tugas sebagai khalifah yang kuat dan amanah. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Ketahuilah, bahawa kamu sekalian adalah sebagai pemimpin dan kamu sekalian bertanggungjawab terhadap pimpinannya (rakyatnya).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pertukaran Penjawat Kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) berkenaan AJKT Kekal;

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Setelah penelitian dan persetujuan ahli-ahli Lembaga Penasihat Cawangan Mansurah, maka dua orang daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021 yang juga merupakan AJKT Kekal akan diturunkan jawatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan kenyataan di atas, dua orang AJKT kekal yang dimaksudkan ialah:-

  1. Muhammad Imran bin Ismail, Tahun 3 Kuliah Perubatan
  2. Muhammad Solihin bin Shahrudin, Tahun 3 Kuliah Perubatan

Justeru, kedua-dua AJKT tersebut akan dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain yang ditentukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sesi 2020/2021.

Semoga Allah merahmati setiap keputusan yang telah disepakati bersama.

Dikesempatan ini, pihak PCM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mereka. Semoga usaha murni mereka dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan lagi di medan lain.

 

Sekian terima kasih, Siiru ‘Ala Barakatillah.

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

 

 

 

Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya

Ketua Lembaga Penasihat Cawangan Mansurah 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *