Pada bulan Februari 2020, Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Tautan Qalbu yang telah disertai oleh AJKT Cawangan. Tautan Qalbu siswa dan siswi telah diadakan pada 22 Februari 2020. Rumah-rumah yang terpilih adalah dalam kalangan pelajar Perubatan Manchester.

Barisan pimpinan siswa telah mengadakan ziarah ke rumah ahli Tahun 4 jurusan Perubatan Manchester (Muhammad Hasif Bin Hasmuni Chew) manakala barisan pimpinan siswi pula telah mengadakan ziarah ke rumah ahli yang terdiri daripada Tahun 1 jurusan Perubatan Manchester (Nurul Iman Binti Mohammad Zaki).

Lawatan ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan PCM dengan ahli. Perjumpaan ini dimulakan dengan sesi taaruf sesama pimpinan dan tuan rumah kemudian diteruskan dengan pengenalan AJKT Sesi 20/21.

Tidak ketinggalan juga sesi penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh biro-biro PCM bagi memudahkan ahli berurusan dengan biro tertentu. Sesi muhasabah dan cadangan turut diadakan antara ahli dan pimpinan sebelum sesi ziarah ini berakhir.

Semoga Tautan Qalbu dapat menjadi satu platform untuk PCM mendengar suara ahli di samping dapat menjalinkan ukhuwah yang erat antara pimpinan dan ahli.

Sebarang aduan, cadangan dan muhasabah bolehlah salurkan di pautan berikut : http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PERUBATANKelasPertama
#HidupkuIlmu

“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *