Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang merasai nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Marilah kita turut bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am , ayat 64 bermaksud :

“ Katakanlah : “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu perkara yang lain).”

 

Pada 10 Mac 2020 (Selasa), Kerajaan Rebuplik Arab Mesir telah mengeluarkan satu notis atau pemakluman tentang pengumuman cuti pada 12 Mac 2020 iaitu pada hari Khamis. Pengumuman ini dikeluarkan adalah atas sebab-sebab keutamaan keselamatan terhadap penduduk di seluruh Mesir berkaitan cuaca buruk yang bakal melanda di Mesir.

 

Pihak Universiti Mansurah (Mansoura University) telah mengesahkan dan menghebahkan pemakluman cuti ini kepada seluruh pelajar universiti melalui media massa.

 

Justeru, PERUBATAN Cawangan Mansurah ingin memberi nasihat kepada semua ahli untuk:

  1. Menjaga kesihatan & keselamatan memandangkan isu penularan wabak berbahaya juga sedang menular.
  2. Memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran.

 

Semoga kita sama-sama dapat terus cakna mengenai isu semasa di Mesir dan sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT.

 

Sekian, terima kasih.

 

#HidupkuIlmu

#PCMOneBigFamily

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

 

Disediakan oleh,

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Muhammad Azib Bin Azmi

(+201116387860)

(+60139772066)

 

 

 

 

 

 

 

Timbalan Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Hanis Afiqah Binti Hisamuddin

(+201127127871)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *