Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA ,beliau berkata adalah Nabi Muhammad SAW berdoa:

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

 

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” (Riwayat Abu Daud)

 

Maka dengan ini, PERUBATAN Cawangan Mansurah memutuskan bahawa semua program dan aktiviti yang terdekat akan ditangguhkan pada waktu yang sesuai mengikut keadaan semasa.

 

Semua ahli Mansurah diingatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti berkumpulan mahupun percampuran bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

 

PERUBATAN Cawangan Mansurah juga menyeru kepada semua ahli untuk sama-sama mendaftar maklumat peribadi dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui emel di alamat mwcairo@kln.gov.my. Hantarkan maklumat diri kalian seperti nama, jantina, nombor kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi dan tempat kediaman melalui emel tersebut dengan kadar yang segera.

 

Berikutan perubahan cuaca dan penularan jangkitan novel coronavirus yang berlaku ketika ini, terdapat beberapa peringatan yang perlu diberi perhatian. Antara langkah pencegahan dan persediaan awal yang perlu diamalkan oleh semua ahli ialah:

 

  1. Kerapkan membasuh tangan dan menjaga kebersihan.
  2. Memakai topeng muka (mask) dan sentiasa membawa ‘hand sanitizer’ ketika keluar dari rumah.
  3. Elakkan bersalaman khususnya melakukan sebarang kontak dengan warga Arab.
  4. Menyimpan bekalan air untuk minuman dan kegunaan harian.
  5. Memastikan sumber tenaga elektrik mencukupi dengan menyediakan ‘powerbank’ dan lain-lain.
  6. Menyediakan bekalan makanan harian yang mencukupi.
  7. Sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan ahli rumah terjaga.
  8. Tidak digalakkan keluar rumah kecuali atas urusan penting sahaja.

 

 

Lantaran itu juga, PERUBATAN Cawangan Mansurah menyeru kepada seluruh ahli Mansurah untuk sama-sama menunaikan solat hajat dan solat taubat. Diharapkan juga agar semua ahli Mansurah dapat sama-sama mendoakan kestabilan cuaca dan supaya kita semua terhindar daripada wabak COVID-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia.

 

Tarikh    : 13 Mac 2020

Hari        : Jumaat

Masa     : Selepas solat fardu Isyak

Tempat : Kediaman masing-masing

 

 

Di kesempatan ini, pihak PCM ingin menggalakkan ahli supaya sama-sama memperbanyakkan doa dan saling menjaga kebajikan antara satu sama lain. Semoga semua ahli sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Teruskan usaha menuntut ilmu dan terus cakna dengan pemakluman dari semasa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

 

#HidupkuIlmu

#PCMOneBigFamily

 

Disediakan oleh,

 

 

 

 

 

 

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Ahmad Yazid bin A. Rahim

+201115542794

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *