Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang merasai nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Marilah kita turut bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am , ayat 64 bermaksud :

“ Katakanlah : “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu perkara yang lain).”

 

Pada 6 Mei 2020 (Rabu), pihak Universiti Mansurah telah mengeluarkan satu notis atau pemakluman tentang pengumuman peperiksaan dan teknikal pelaksanaan bagi mahasiswa pra-klinikal serta arahan bayaran yuran pengajian. Keputusan yang diambil adalah untuk memudahkan mahasiswa bagi menduduki peperiksaan semester kedua sesi 2019/2020.

 

Butiran kenyataan bagi menduduki peperiksaan pra-klinikal adalah seperti berikut :

  1. Tarikh-tarikh penting ;
  2. 7/5/2020 : Pengumuman teknikal pelaksanaan peperiksaan.
  3. 14/5/2020 : Senarai nama mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan dan pengumuman jadual peperiksaan.
  4. 21/5/2020 : Bank soalan dan kertas jawapan (muka depan & 4 helaian kertas) akan diedarkan di portal Moodle.
  5. 1/6/2020 – 30/6/2020 : Jangkaan tarikh peperiksaan.
  6. Masa peperiksaan yang diberikan adalah selama 6 jam termasuk memuat naik jawapan kedalam portal Ibn Elhaytham.

 

  1. Teknikal peperiksaan ;

 

  1. Sebelum peperiksaan :
  2. Mahasiswa perlulah menjelaskan yuran pengajian selewat-lewatnya pada 14/5/2020 (Khamis) melalui bayaran elektronik di Banque Misr atau National Bank of Egypt atau Fawry. Bagi mana-mana mahasiswa yang sedang berada di tanah air, pembayaran yuran boleh dilaksanakan di akaun Mansoura University (4/082/17610/7) dan resit bayaran perlu diberikan kepada pihak universiti bagi tujuan bukti pembayaran.
  3. Mahasiswa perlulah membuat satu akaun email universiti melalui portal Ibn Elhaytham bagi tujuan peperiksaan.
  4. Senarai nama mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan kelak akan diumumkan pada 14/5/2020.
  5. Mahasiswa diharapkan agar sentiasa cakna akan segala informasi yang bakal diumumkan di portal Moodle dan laman Facebook. Video penerangan bagi peperiksaan akan dimuat naik kelak.
  6. Kertas jawapan yang telah diberikan perlulah dicetak sebelum tarikh peperiksaan.

 

 

  • Semasa peperiksaan :
  1. Muka depan perlu diisi dengan maklumat yang diperlukan berserta gambar pasport.
  2. Mahasiswa perlulah mendaftar masuk (log in) ke portal Ibn Elhaytham pada hari dan masa peperiksaan dilaksanakan.
  3. Soalan yang disediakan adalah sebanyak 4 soalan utama dan mengandungi sub-soalan (a,b,c dsb). Satu soalan utama perlu dijawab pada satu muka surat sahaja. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menambah bilangan helaian kertas jawapan.
  4. Jawab dengan tulisan yang jelas dan kemas.

 

  • Selepas menjawab soalan :
  1. Imbas (scan) kertas jawapan yang telah diisi menggunakan mesin pengimbas atau kamera telefon pintar dan menukarkan format gambar ke dalam format PDF.
  2. Muat naik gambar tersebut kedalam portal Ibn Elhaytham.
  3. Mahasiswa perlulah memuat naik jawapan tersebut dalam jangka masa 6 jam selepas waktu peperiksaan dimulakan.
  4. Email akan dihantar kepada mahasiswa untuk mengesahkan penghantaran jawapan peperiksaan.

 

  1. Penilaian praktikal
  2. Penilaian praktikal dan skill (skills assessment) akan dilaksanakan sejurus keadaan kembali stabil dan sebelum bermula semester baharu.
  3. Pemakluman mengenai skills assessment akan dimaklum oleh pihak universiti kemudian.

 

 

  1. Peperiksaan ulangan
  2. Peperiksaan ulangan bagi semester 1,3 dan 5, peperiksaan ulangan akan diadakan sebelum bermulanya semester baharu .
  3. Teknikal peperiksaan adalah seperti biasa.
  4. Pemakluman mengenai peperiksaan ulangan akan dimaklum oleh pihak universiti kemudian.

 

Bagi pelajar tahun klinikal (tahun 4,5 dan 6), BCAD telah melibatkan diri dalam satu sesi pertemuan terbuka secara atas talian bersama Dekan Fakulti Perubatan Universiti Mansurah dan Pengarah Program Perubatan Mansoura Manchester pada 7/5/2020 (Khamis). Butiran yang diperoleh daripada pertemuan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Sillibus pengajian seperti kelas skill dan seumpamanya, ianya akan dilangsungkan seperti biasa (kelas fizikal) sebelum peperiksaan. Hal ini adalah kerana terdapat kekangan jika kelas secara atas talian terus dilakukan.
  2. Peperiksaan bakal dilaksanakan selepas situasi pandemik beransur pulih dan stabil. Format peperiksaan akan dilaksanakan seperti biasa (face to face examination). Namun, segala ketetapan terperinci adalah bergantung kepada situasi semasa.
  3. Pemarkahan bagi peperiksaan tahun klinikal mungkin akan terdapat sedikit kelainan memandangkan peperiksaan pada semester ini adalah exceptional year exam.
  4. Bagi pelajar yang berada di Malaysia, jika kemudahan pengangkutan udara (sektor pelancongan) masih ditutup dan tidak akan beroperasi yang menyebabkan mahasiswa tidak mampu untuk pulang semula ke Mesir, pihak universiti akan mempertimbangkannya sebagai satu keadaan yang mungkin mempunyai inisiatif yang lain bagi mengadakan peperiksaan.
  5. Dinasihatkan juga kepada semua mahasiswa agar sentiasa mengulang kaji melalui portal Moodle dan jika terdapat segala persoalan boleh diajukan melalui medium Tutor Availability (TA) yang akan disediakan.

 

Adapun keputusan yang diambil oleh pihak universiti adalah seperti yang berkenaan,  BCAD akan cuba sentiasa mengikuti perkembangan mengenai peperiksaan dari semasa ke semasa untuk disalurkan kepada ahli. Di kesempatan ini juga marilah kita sama-sama mendoakan supaya Allah mengurniakan jalan penyelesaian yang terbaik buat kita.

Sehubungan dengan itu, PERUBATAN Cawangan Mansurah mengharapkan agar semua ahli untuk terus mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh agar kekal cemerlang pada semester kali ini dan akan datang. Diingatkan juga sekali lagi supaya berdoa agar diberi keberkatan dalam menuntut ilmu dan supaya diberikan kesihatan yang baik serta keadaan semasa negara dan global kembali normal.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“Achieve The Highest, Improve Others”

“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

#HidupkuIlmu

#PCMOneBigFamily

 

 

Disediakan oleh,

 

 

 

 

 

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Muhammad Azib Bin Azmi

(+201116387860)

(+60139772066)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *