بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita sentiasa dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Berikutan keadaan semasa, akan berlaku beberapa pemangkuan portfolio disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir. Seramai dua orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah melakukan pemindahan kredit ke universiti di Malaysia, maka kedua-duanya tidak akan dapat meneruskan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, kekosongan portfolio tersebut akan dipangku oleh AJKT yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

  1. Memangku sepenuhnya bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  2. Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  3. Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan. Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

 

BIL PORTFOLIO NAMA AJKT PEMANGKU TARIKH
1. Timbalan Pengerusi Diyana Fatin ‘Izzati binti Kamarulzaman Karimah Nadiah binti Razali 21 November 2020 – Akhir sesi.
2. Naib Pengerusi 2 Afiqah binti Zulkifili Syarifah Amira binti Suliaman 21 November 2020 – Akhir sesi.

 

Justeru, PERUBATAN Cawangan Mansurah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari Diyana Fatin ‘Izzati binti Kamarulzaman dan saudari Afiqah binti Zulkifili atas bakti yang telah dicurahkan sebagai AJKT PCM bagi sesi 2020/2021. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha dan khidmat yang telah diberikan untuk ahli PCM. Semoga pengalaman dan kefahaman yang diperoleh menjadi bekal yang bermanfaat di dunia dan akhirat, seterusnya dapat terus berbakti kepada masyarakat walau di mana jua kalian berada.

Kami ingin memohon agar semua ahli untuk mendoakan kelancaran dan kemudahan para pimpinan dalam menjaga kebajikan ahli dari segenap aspek, di samping kalian kekal menjadi pendokong dan penyokong terhadap gerak kerja Islam ini.

سيرو على بركة الله

Seeru ala barakatillah, sekian terima kasih.

#PCMOneBigFamily
#KitaKeluargaPERUBATAN

“Bersama Menjaga Kebajikan, Bersatu Membina Insan”

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

 

Ahmad Yazid bin A.Rahim,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *