Firman Allah SWT:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Maksudnya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Surah As-Sad: 26)

 

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya: Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. (Surah Ali- Imran: 159)

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Mansurah telah pun bermesyuarat dan memutuskan
beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi
2021/2022.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I:
AJKT IKHWAH:

Muhammad Azib bin Azmi Tahun 3 Perubatan
Habib Abdul ‘Azim bin Yunus Tahun 4 Pergigian
Ahmad Yazid bin A. Rahim Tahun 5 Perubatan


AJKT AKHAWAT: 

‘Isyatul Farhah binti Md Salim Tahun 3 Perubatan
Karimah Nadiah binti Razali Tahun 6 Perubatan
Nur Iwana Hifzona binti Mahasalmasri Tahun 3 Perubatan
Nurul Raihanah binti Ismail Tahun 2 Perubatan

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 1/1/2021 sehingga 3/1/2021. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi MMPC, Anwar Rusydan bin Ab. Rahman Thobroni dan Timbalan Pengerusi MMPC, Noorafiqah binti Mhd Suhaimi. Pengumuman nama-nama AJKT Fasa II akan dihebahkan sehari selepas tempoh bantahan ditutup.
Pihak kami turut mengambil kesempatan memohon maaf atas penangguhan tarikh pengumuman nama AJKT Fasa I atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

 

Berikut juga disertakan nama AJKT kekal untuk sesi hadapan:

Muhammad Fathi Yaqin bin Che Lokman Tahun 3 Perubatan
Muhamad Aiman bin  Mohd Zaid Tahun 3 Perubatan
Syarifah Amira binti Suliaman Tahun 3 Perubatan
Ana Nurhanis binti Azhar Tahun 5 Perubatan

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli
agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar. Wa Allahu ta’ala a’lam.

Siiru a’la barakatillah.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
Yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

 

Anwar Rusydan bin Ab. Rahman Thobroni,

Pengerusi,

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *