Bismillahirrahmanirahhim,

Assalamualaikum wbt.

  1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang merasai nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Marilah kita turut bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
  • Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am , ayat 64 bermaksud :

“ Katakanlah : “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu perkara yang lain).”

  • Pada 14 Februari 2021 (Ahad), Kerajaan Republik Arab Mesir telah mengeluarkan satu notis atau kenyataan melalui Kementerian Pendidikan tentang pengumuman penangguhan cuti sehingga 27 Februari 2021. Kenyataan tersebut dikeluarkan adalah atas sebab-sebab keutamaan keselamatan dan kesihatan pelajar di seluruh Mesir berikutan wabak Covid-19 di negara ini. Pada 16 Februari 2021 (Selasa) pula, pihak Universiti Mansurah telahpun mengadakan satu perbincangan susulan secara terperinci dan mengumumkan tarikh peperiksaan terbaru bagi semester pertama semua tahun pengajian iaitu bermula pada bulan Mac 2021 secara fizikal. Namun segala perubahan tarikh tersebut tertakluk dibawah bidang kuasa pihak universiti dan kementerian.
  • Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) dengan ini mengambil kesempatan untuk menyeru semua warga Mansurah supaya menggunakan dan memanfaatkan masa yang masih ada ini dengan mengulang kaji pelajaran bersungguh-sungguh walaupun masih mempunyai masa hampir separuh bulan lagi sebelum menduduki peperiksaan kelak. Walaupun kita masih lagi mengamalkan konsep belajar dari rumah, namun kita juga tidak terlepas dari pelbagai kemudahan dan fasiliti yang juga boleh dimanfaatkan kini. Elakkan dari membiarkan masa terlepas begitu sahaja kerana pada era yang mencabar kini, masa lebih berharga berbanding emas.
  • Kejayaan itu didefinisikan melalui 3 perkara utama iaitu usaha, doa dan tawakal. Dalam kita berusaha bersungguh-sungguh, doa dan tawakal perlu diiringi bersama agar usaha tersebut tidak hanya sekadar usaha, malah ia mampu merealisasikan impian dan tujuan kita. Tidak lupa juga untuk saling membantu rakan yang lain dalam menggapai tujuan yang sama ; cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan sebagai seorang muslim.
  • Akhir kata, semoga kita sama-sama dapat terus cakna mengenai isu semasa di Mesir disamping isu di tanah air Malaysia dan sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT. Diharapkan juga agar semua rakan pelajar dapat menduduki peperiksaan akan datang dengan keadaan yang baik dan sejahtera serta didoakan agar mendapat keputusan yang cemerlang, insya-Allah.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

https://tinyurl.com/eaduanPCM

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

#SayangiPERUBATAN

#PCMOneBigFamily

Muhammad Azib Bin Azmi,

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2021/2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *