بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah an-Nisa : 58)

Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang masih lagi kita kecapi hingga ke saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, dengan usaha Baginda dan para sahabat, Islam telah sampai kepada kita sehingga sekarang.

Dengan perletakan jawatan pimpinan PCM sesi 2020/2021 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Mansurah kali ke-14 pada 5 Februari 2021 yang lalu, maka telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi sesi 2021/2022. Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c) : PENGURUSAN

  1. C) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Dengan ini diumumkan senarai penyandang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2021/2022.

BilNamaPortfolioNombor Telefon
1.Muhammad Fathi Yaqin bin Che LokmanPengerusi merangkap Biro Kebajikan+601139180748 +201558902211
2.Ahmad Yazid bin  A. RahimNaib Pengerusi I +201115542794
3.Muhamad Aiman bin Mohd ZaidKetua Jabatan Setiausaha merangkap Biro Penerbitan  & Penerangan +201116387901
4.Muhammad Azib bin AzmiKetua Jabatan Bendahari merangkap Biro Akademik+60139772066 +201116387860
5.Habib Abdul ‘Azim bin YunusKetua Biro Pembangunan Insan+201156528859
6.Karimah Nadiah binti RazaliTimbalan Pengerusi+60139303067 +201115537936
7.’Isyatul Farhah    binti Md SalimNaib Pengerusi II+60136442689 +201223923856
8.Syarifah Amira binti SuliamanTimbalan Ketua Jabatan Setiausaha merangkap Biro Kebajikan+201151932976
9.  Ana Nurhanis    binti AzharTimbalan Ketua Jabatan Bendahari  merangkap Biro Penerbitan & Penerangan+201025177576
10.Nur Iwana Hifzona binti MahasalmasriTimbalan Ketua Biro Pembangunan Insan+60137103473 +201142590361
11.Nurul Raihanah binti IsmailTimbalan Ketua Biro Akademik+60199138336 +201152161017

Semua ahli diminta mengambil cakna berkenaan senarai portfolio AJKT PCM sesi 2021/2022 untuk urusan yang berkaitan. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2021/2022. Saya menyeru kepada semua ahli agar dapat mendoakan kemudahan dalam setiap pergerakan PCM pada sesi kali ini dalam menjayakan setiap pembawaan yang dirancang. Semoga segala perancangan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Seeru ‘Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

#SayangiPERUBATAN

#PCMOneBigFamily

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Fathi Yaqin bin Che Lokman,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2021/2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *