[ KENYATAAN RASMI | PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH 2021/2022 ]

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang merasai nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Marilah kita turut bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal, ayat 27:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”
Sebagai umat Islam, kita perlu menghayati amanah dan peranan kita diciptakan di atas bumi ini. Mendidik diri menjadi sebenar-benar hamba dan dalam masa yang sama, membentuk diri menjadi seorang khalifah yang menuntut kita untuk menyumbang di medan amal.
Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 30, Perkara 1 yang berbunyi:
Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan.”
Selari dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) sesi 2021/2022, maka, berikut adalah senarai penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2021/2022:
BIL | NAMA | NO WHATSAPP | NO TELEFON |
1. | ANWAR RUSYDAN BIN AB. RAHMAN THOBRONI (Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah) | +201061442831 | +201061442831 |
2. | MUHAMMAD ADHWA NAJMI BIN NASRI | +601156785462 | +201120278416 |
3 | NUR HADIRAH BINTI MOHD RAZALI (Timbalan Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah) | +201123011163 | +201123011163 |
4. | IFFAH DANISH BINTI NAZRI | +60147243629 | +201153436485 |
5. | HANIS AFIQAH BINTI HISAMUDDIN | +201127127871 | +201127127871 |
6. | NOORAFIQAH BINTI MHD SUHAIMI | +201123323896 | +201123323896 |
Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Surah Muhammad : 7]
Semoga dengan perlantikan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah 2021/2022 dapat membantu badan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam pelaksanaan gerak kerja agar lebih lancar dan efisien, In syaa Allah.
Seeru ‘Ala Barakatillah.
Sekian, terima kasih.
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
#SayangiPERUBATAN
#PCMOneBigFamily
Disediakan oleh,

Muhammad Fathi Yaqin bin Che Lokman.
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2021/2022.