Artikel & Karya

27Dec 2015

Ibu. Satu nama yang apabila disebut, akan membuat kita terbayang satu wajah insan yang manis senyumannya, gembira riak wajahnya, cantik pemakaiannya. Apabila “ibu” disebut, segala keindahan dapat kita bayangkan. Akan tetapi  pernahkah kita bertanya, apakah yang ibu kita bayang apabila dia mendengar perkataan “anak”?   Ibu, seorang insan yang telah banyak berkorban untuk kita. Pengorbanannya, […]

16Nov 2015

Oleh  Annehash   Slide pasal nervous system aku tatap.Tatap je, tak baca. Mungkin boleh tembus agaknya sebab berjam  duduk  bertapa kat meja. (maklumlah…final just 2 weeks away) Sahabat aku , Ina  tengah bertapa atas katil aku. Dia sleepover semalaman kat rumah aku. Nak tukar angin katanya sebab lama benar bertapa kat rumah sendiri. Dia exam […]

10Sep 2015

  Ucaplah salam, Sebarkan Keamanan. Masih segar di ingatan, setiap kali selisih dengan pelajar yang lebih tua, laju lidah mengucap “Assalamualaikum”. Jika tidak diucap, maka bersedialah anda dicop sebagai – sombong, kurang ajar. Biar tidak ikhlas di hati, tapi salam sentiasa diberi.   Apa yang kurang pada kehidupan ku di Mesir ini? Pakaian terjaga. Pendidikan […]

16Aug 2015

Jika ditanyakan kepada aku tentang pengalaman yang menarik sepanjang aku berada di Mesir, aku akan katakan tiada yang istimewa kerana bagi aku apa yang aku pernah alami, dirasai oleh kebanyakan pelajar di Mesir terutamanya di Mansurah. Tetapi, jika aku disuruh memilih antara Malaysia dan Mesir yang manakah lebih selesa untuk aku meneruskan pengajian, aku tetap […]

08Jul 2015

Kamarul meneliti telefon pintarnya yang memaparkan apps kalendar bersama senarai to-do list hariannya. Hari ini 18 Jun, bersamaan 1 Ramadan 1436 H. Hari on-call pertamanya di wad medikal. Bekerja daripada 8 pagi hari ini sehingga 12 tengahari keesokan harinya. Dia baru sahaja off-tag, maka on-call harus bermula secepat mungkin. Dia meminta agar diberikan keringanan untuk […]

04Jul 2015

Daripada Samuroh bin Jundub, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: 1. Subhanallah2. Alhamdulillah3. Laa ilaaha illallah, dan 4. Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulainya” (HR. Muslim no. 2137).Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar […]

03Jul 2015

1. Memperbanyakkan membaca kalimah tauhid ‘Laila haillallah’.2. Beristighfar memohon ampun kepadaNya.3. Memohon kepada Allah untuk memasuki syurga.4. Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam api neraka.Dalam sebuah lagi diriwayatkan,Sebaik sahaja tiba bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan […]

01Jul 2015

Kelebihan Solat Qiyamulail Pada suatu hari, sebuah kafilah atau sekumpulan orang sedang safar(berpergian) ataupun mengembara. Pada malam hari, mereka memutuskan untuk beristirahat di lembah yang di kelilingi hutan belantara.Ketika mereka hendak tidur datanglah Raja hutan menghampiri kafilah itu yakni, seekor singa buas penguasa hutan belantara. Dengan tergesa-gesa dan ketakutan setengah mati, mereka memanjat pohon berhampirannya. […]

17Jun 2015

Setiap manusia mempunyai perasaan. Perasaan suka, duka, kecewa, hampa, marah, cinta dan sayang. Kadang kala, perasaan kita sukar digambarkan seolah hati kita berbunga-bunga. Contohnya, kekasih hati mahu datang berjumpa. Perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Itulah gambaran perasaan bagi seorang hamba Allah yang merindui kedatangan bulan Ramadan. Saban tahun kita diingatkan bahawa bulan Ramadan […]

31May 2015

Bahagia? Ya, bahagia. Definisi bahagia mungkin berbeza mengikut individu. Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa bahagia hanya dengan penerimaan nikmat dari Tuhan. Namun, benarkah definisi bahagia kita selama ini? Jika kita menaip status facebook seperti tajuk artikel ini, pasti ramai yang akan mengucapkan tahniah dan mereka pasti tertanya-tanya apakah peristiwa yang membuatkan kita begitu bahagia sehingga […]