بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Bersempena cuti musim panas ini, terdapat beberapa pemangkuan portfolio fasa kedua akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;
“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :
• Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
• Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
• Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT yang terlibat berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

MAHASISWA
Bil Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
1. Naib Pengerusi I Mohd Khairul Anuar bin Jaffar Muhammad Fayyadh bin Md Amin 21/8 – 14/9

Sebarang urusan tempahan markas akan diuruskan oleh Naib Pengerusi II, Nur Syahirah binti Jamaluddin di talian +201115874585

MAHASISWI
2. Timbalan Pengerusi Rushazlene Ameera binti Rosli Nur Syahirah binti Jamaluddin 21/8 – 14/9
Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCM dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang pemangkuan ini.

Seeru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”


Muhammad Fayyadh bin Md Amin
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

27Nov 2007

Bukan mudah hendak mengubah persepsi masyarakat tentang cinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada ‘dating’, hubungan telefon, ‘chatting’, dan lain-lain. Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh […]

27Nov 2007

Video ni..ana tgk dlm komputer ahli bait ana,tup tap…terase sedih gakk..seorang sheikh nangis sampai tahap camtu..emm..korang tgk arr…sekurang2 ade skit nak belajar, nak tau makne surah ni..kan kan..2 3 ayat pun jadilah..tu pun dah kifayah(cukup) dah rasenye..okey..layaaan…

30Nov 2007

Kerna Kau Isteriku Pelengkap Rusuk Diriku Belajar diperantauan adalah satu kenangan indah yang tidak pernah ana lupakan, kerana disitulah bermula erti kehidupan yang sebenar buat diri ana. Apa tidaknya, ketika diperantauan inilah, ana bertemu jodoh dengan zaujah ana yang tercinta. Diperingkat awal perkahwinan memang banyak dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi […]

01Dec 2007

Penyata bertulis dari Dewan Rakyat tentang keuntungan yang diperoleh negara Malaysia melalui hasil arak dan judi. 1. Arak 16 kilang arak utama di seluruh negara 1. 6 buah di Selangor 2. 4 buah di Johor 3. 2 buah di Perak 4. Masing-masing 1 buah di Pahang, Kedah dan Sarawak. Jumlah eksport arak pada tahun 2005 […]

01Dec 2007

Penyata bertulis dari Dewan Rakyat tentang keuntungan yang diperoleh negara Malaysia melalui hasil arak dan judi. 1. Arak 16 kilang arak utama di seluruh negara 1. 6 buah di Selangor 2. 4 buah di Johor 3. 2 buah di Perak 4. Masing-masing 1 buah di Pahang, Kedah dan Sarawak. Jumlah eksport arak pada tahun 2005 […]

01Dec 2007

AMANAT DR MOHAMED FAIZ MB BCh (Mansoura), MMedKetua Jabatan dan Pakar Perunding O&GHospital Kuala PilahBekas Graduan UNIVERSITI MANsoura[ 1988 – 1994 ] Jangan tinggal sembahyang berjemaah di masjid Sentiasa betulkan niat Banyakkan tahajjud Pelihara ukhuwwah Kurangkan tidur Sentiasa berbincang Kekalkan semangat Restu ibu bapa Selalu lihat gambar ibu bapa (bukan girlfriend) Jangan rasa inferior Berhempas […]