بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Kepimpinan yang baik mestilah mempunyai kemampuan untuk menggerakkan manusia menuju kepada Allah. Tanggungjawab untuk memimpin telah  diamanahkan oleh Allah kepada manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s. Tugas ini disambung pula oleh para rasul sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Pentingnya kepimpinan adalah seperti kepala yang mengetuai seluruh tubuh dan mereka juga bertanggungjawab dalam memimpin perjalanan hidup di dunia dan akhirat. Maka, kita perlu faham betapa besarnya tugas seorang pemimpin dalam mengemudi masyarakat serta peranan kita dalam proses pemilihan pemimpin itu.

Saya mewakili pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2018/2019 telah berbincang dan menghasilkan keputusan untuk  melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Mansurah 2018/2019 bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Mansurah kenaikan sesi 2019/2020.

Hal ini bertepatan dengan tugas Lembaga Penasihat peringkat cawangan seperti yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERUBATAN FASAL 27, PERKARA 1 (A); Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Proses undian dan kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi baharu akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) yang dibentuk ini. Mereka bertanggungjawab memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar. Perlembagaan PERUBATAN telah menyatakan pada FASAL 27, PERKARA 1 (D) DAN PERKARA 1 (E):

Bidang tugas Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) adalah seperti berikut:

  1. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  2. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan.
  3. Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) dalam proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 (empat) orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu.

Maka dengan itu, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019 ingin mengumumkan pelantikan bagi jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Mansurah 2018/2019 bagi kenaikan AJKT PCM Sesi 2019/2020:

PENGARAH JPC: AIMAN AZAMUDDIN BIN AMINUDDIN (TAHUN 3 PERUBATAN)
TIMBALAN PENGARAH JPC: NUR FAAIQA NADHIRAH BINTI MD PAZIN (TAHUN 5 PERGIGIAN)

Berserta ini saya lampirkan jumlah AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2019/2020:

1) Jumlah AJKT Sesi 2019/2020 yang dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN bersama Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN 2018/2019 adalah seramai 16 orang (1 orang Pengerusi, 1 orang Timbalan Pengerusi, 7 orang AJKT Lelaki dan 7 orang AJKT Wanita).

2) Jumlah kerusi yang akan dipertandingkan melalui kaedah pilihan raya dengan syarat-syarat dan etika yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN adalah seperti berikut:

i) Jawatan Pengerusi : 1 kerusi
ii) Jawatan Timbalan Pengerusi : 1 kerusi
iii) Jawatan AJKT Lelaki : 5 kerusi
iv) Jawatan AJKT Wanita : 5 kerusi

3) Jawatan yang dipertandingkan tidak termasuk 2 orang AJKT lelaki dan wanita yang dikekalkan berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28 (d).

4) Justeru, hasil penilaian yang dilakukan bagi tujuan penyelarasan dan tumpuan gerak kerja, jawatan yang perlu dirangkap ialah:

a) Naib Pengerusi I & II merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar
b) Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi
c) Biro Kebajikan merangkap Biro Perumahan

Akhir kalam, kami di pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah mengharapkan agar pilihan raya cawangan pada sesi ini disambut baik oleh semua warga Mansurah. Kami juga berharap agar segala urusan ahli jawatankuasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Firdaus Bin Jahari,

Ketua Lembaga Penasihat,

Perubatan Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

 

05Dec 2007

Atas permintaan Sahabat kita dari Indonesia….mereka ingin berkongsi Thriller cerita ini bersama anda..bagi yang pernah membaca…mungkin tidak sabarkan??.. posted :by Bawang dr indonesia p/s:bukan nak suruh jgn belajar…bagi yang berminat shj.

06Dec 2007

Sukacita dimaklumkan PERUBATAN telah dipelawa untuk menyertai “Khidmat Sukarelawan” dalam Misi Bantuan Kemanusiaan di Darfur. Program ini merupakan anjuran Dewan Pemuda Masjd Malaysia (PEMUDA MASJID) bersama TV3 dan beberapa wakil akhbar yang akan mengadakan Trip ke Darfur bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan pada 15 hingga 25hb Bagi yang berminat, bolehlah menghantar nama, nombor telefon dan universiti […]

08Dec 2007

PERHATIAN!! Kitab Manhajul Qawim membahaskan tentang bab2 feqah spt: solat, puasa, bersuci, dll.. Firman Allah SWT: 175.”Dan bacakanlah (Muhammad) kpd mereka,berita orang yg telah Kami berikn ayat2 Kami kpdnya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat2 itu,lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat.” 176.”Dan sekiranya Kami kehendaki nescaya […]