Laporan

15Jun 2014

Laporan Ziarah Mahabbah : Ahli yang menghidap Hepatitis A 28 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah telah dilakukan untuk melawat seorang ahli yang disyaki menghidap penyakit Hepatitis A. Ahli PERUBATAN terbabit, Rohaizat Haziq bin Ahmad, merupakan pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester di Universiti Mansurah. Pada 21 Mei lalu, beliau dikatakan telah mengalami sakit kepala dan […]

01Jun 2014

LAPORAN PENYERAHAN SKIM AZHARI KEPADA WAKIL MAHASISWI PENGAJIAN AGAMA MANSURAH.   Tanggal 19 May 2014, Biro Kebajikan (BCARE), PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengunjungi wakil mahasiswi pengajian agama di Dirasat,Mansurah bertujuan untuk menyerahkan sumbangan Skim Azhari. Skim Azhari  merupakan sejumlah wang daripada sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) yang diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Pengajian Islam bagi […]

26May 2014

Jumaat, 24 Mei 2014 – Biro Pembangunan Insan dengan kerjasama Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) 2014/2015 telah menganjurkan program Malam Munajat Perdana, Exam Fever Campaign yang bertemakan “Keep Calm And Pray”. Program tersebut telah diadakan di Qaah Ibnu Sina (QIS) baru yang bertempat di Syari’ Hendawi yang mensasarkan semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah terutama mereka […]

16May 2014

9 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah  telah  dijalankan  bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan mahasiswa Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan telefon bimbit di kawasan gelanggang futsal, Istad Gamaah. Pada 8 Mei lalu, sekitar jam 9.00 malam, mangsa berada di gelanggang futsal, Istad Gamaah untuk beriadah. […]

13May 2014

1 Mei, Mansurah – Satu kunjungan ziarah mahabbah telah dijalankan bagi menziarahi ahli PERUBATAN yang ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan seorang pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan sejumlah wang bernilai USD 60 dan 2 keping kad bank di Neurosurgeon Department, General Hospital. Pada 28 April yang lalu, sekitar waktu tengahari, […]

12May 2014

  KHAMIS, 8 APRIL 2014 – Program Love Islam For Eternity 5.0 (LIFE 5.0) yang bertemakan “Pelangi Kita” telah diadakan di Qaah Ibnu Sina (QIS) baru yang bertempat di Syarie’ Hendawi. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Mentor Council bawah pantauan Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2014/2015 dan khusus untuk mahasiswa/wi tahun 1 […]

25Apr 2014

20 April, Mansurah- Biro Pembangunan Insan dengan kerja sama Biro Sukan dan Aktiviti Luar telah menganjurkan program “Smart Circle’s Day”. Program ini dijalankan dalam bentuk riadah, sesuai jiwa warga Mansurah yang gemarkan aktiviti sukan di samping dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Para peserta telah tiba seawal jam 7.30 pagi. Pendaftaran berjalan dengan baik dan […]

24Apr 2014

  Satu  kunjungan  mahabbah  telah  dijalankan pada 17 April yang lalu bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa  musibah.  Ahli PERUBATAN  terbabit  merupakan  pelajar  Tahun 3 Perubatan  Manchester   Universiti  Mansurah. Mangsa  telah  dirompak  di  Syaima’  berdekatan  dengan  ATM  National  Bank  of  Egypt. Pada  9  April  yang lalu,  sekitar  jam  dua  petang,  mangsa  ke  ATM  National  Bank […]

22Apr 2014

Bertemakan “Pelaksanaan Syariah Islam yang Syumul”, Lajnah Halaqah Ilmuan Muda (HIM) dibawah Unit Mentor Council (MC) telah mengadakan sebuah program yang bertempat di  Solah Al-Falah (SAF) pada 20 April yang lalu. Program ini dinamakan dengan Ijtima’ HIM yang membawa maksud perhimpunan ahli – ahli HIM. Program ini dijalankan bertujuan untuk merealisasikan objektif yang disasarkan bagi […]

20Apr 2014

Assalamualaikum w.b.t Pada 18 April 2014 yang lalu, Mansoura Medical Team (MMT) telah menjalankan Hari Temuduga untuk mencari ahli MMT yang baharu di Solah Al Falah. Objektif program adalah untuk: 1) Memberi pendedahan awal kepada mahasiswa perubatan mengenai sesi temu duga yang biasa dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 2) Menerapkan dasar professionalisme dalam kalangan mahasiswa […]