Laporan

12Mar 2015

SABTU, 7 Februari 2015 – Unit Bait Muslim (UBM) telah berkesempatan melawat ke rumah ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Ziarah ini disertai oleh wakil UBM dan pimpinan PCM bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara AJKT PCM dengan ahli, berkongsi tips penjagaan anak, prosedur berkaitan urusan surat beranak, passport dan visa […]

23Feb 2015

Tanggal 21 Febuari 2015, Biro Perumahan Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Tautan Qalbu kali pertama bagi PCM sesi 2015/2016 ke rumah senior yang terpilih sempena Bulan Pengenalan AJKT. Setibanya di sana, kami disambut baik oleh ahli rumah yang semuanya Tahun 6 Manchester Fatin Tsara binti Fuad, Nur Athirah binti Wanazli, Sarah Suraya binti Md […]

08Jan 2015

Pada 3 dan 4 Januari 2015 yang lepas, PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sesi 2014/2015 telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Lau Kaana Bainana”. Objektif utama mengadakan sambutan ini adalah untuk menambahkan perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dan mencontohi baginda di samping merapatkan lagi semangat persaudaraan sesama ahli. Program ini terbahagi kepada dua hari iaitu […]

03Jan 2015

31 Disember, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah telah dilakukan untuk melawat seorang ahli yang menghidap penyakit Lumbar Disc Prolapse. Ahli PERUBATAN terbabit, Farahdina Zahra binti Johari, merupakan pelajar tahun akhir Perubatan Manchester di Universiti Mansurah. Beliau telah menghidap penyakit ini sejak cuti musim panas sewaktu beliau Tahun 5. Akibat dari sakitnya yang makin melarat, beliau […]

21Jul 2014

Jumaat, 18 Julai 2014 – Sebuah program anjuran Unit Ihya’ Ramadan 2014 (IHRAM’14), di bawah pantauan Biro Pembangunan Insan, telah berjaya diadakan di Olympic Village, Istad Gamaah. Program ini diberi nama ‘Ramadan Village’, bertemakan “Madrasah Ramadhan, Mengasah Keikhlasan”. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menanam semangat penghayatan Ramadan kepada mahasiswa agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan […]

15Jun 2014

Laporan Ziarah Mahabbah : Ahli yang menghidap Hepatitis A 28 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah telah dilakukan untuk melawat seorang ahli yang disyaki menghidap penyakit Hepatitis A. Ahli PERUBATAN terbabit, Rohaizat Haziq bin Ahmad, merupakan pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester di Universiti Mansurah. Pada 21 Mei lalu, beliau dikatakan telah mengalami sakit kepala dan […]

01Jun 2014

LAPORAN PENYERAHAN SKIM AZHARI KEPADA WAKIL MAHASISWI PENGAJIAN AGAMA MANSURAH.   Tanggal 19 May 2014, Biro Kebajikan (BCARE), PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengunjungi wakil mahasiswi pengajian agama di Dirasat,Mansurah bertujuan untuk menyerahkan sumbangan Skim Azhari. Skim Azhari  merupakan sejumlah wang daripada sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) yang diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Pengajian Islam bagi […]

26May 2014

Jumaat, 24 Mei 2014 – Biro Pembangunan Insan dengan kerjasama Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) 2014/2015 telah menganjurkan program Malam Munajat Perdana, Exam Fever Campaign yang bertemakan “Keep Calm And Pray”. Program tersebut telah diadakan di Qaah Ibnu Sina (QIS) baru yang bertempat di Syari’ Hendawi yang mensasarkan semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah terutama mereka […]

16May 2014

9 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah  telah  dijalankan  bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan mahasiswa Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan telefon bimbit di kawasan gelanggang futsal, Istad Gamaah. Pada 8 Mei lalu, sekitar jam 9.00 malam, mangsa berada di gelanggang futsal, Istad Gamaah untuk beriadah. […]

13May 2014

1 Mei, Mansurah – Satu kunjungan ziarah mahabbah telah dijalankan bagi menziarahi ahli PERUBATAN yang ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan seorang pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan sejumlah wang bernilai USD 60 dan 2 keping kad bank di Neurosurgeon Department, General Hospital. Pada 28 April yang lalu, sekitar waktu tengahari, […]