Laporan

12May 2014

  KHAMIS, 8 APRIL 2014 – Program Love Islam For Eternity 5.0 (LIFE 5.0) yang bertemakan “Pelangi Kita” telah diadakan di Qaah Ibnu Sina (QIS) baru yang bertempat di Syarie’ Hendawi. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Mentor Council bawah pantauan Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2014/2015 dan khusus untuk mahasiswa/wi tahun 1 […]

25Apr 2014

20 April, Mansurah- Biro Pembangunan Insan dengan kerja sama Biro Sukan dan Aktiviti Luar telah menganjurkan program “Smart Circle’s Day”. Program ini dijalankan dalam bentuk riadah, sesuai jiwa warga Mansurah yang gemarkan aktiviti sukan di samping dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Para peserta telah tiba seawal jam 7.30 pagi. Pendaftaran berjalan dengan baik dan […]

24Apr 2014

  Satu  kunjungan  mahabbah  telah  dijalankan pada 17 April yang lalu bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa  musibah.  Ahli PERUBATAN  terbabit  merupakan  pelajar  Tahun 3 Perubatan  Manchester   Universiti  Mansurah. Mangsa  telah  dirompak  di  Syaima’  berdekatan  dengan  ATM  National  Bank  of  Egypt. Pada  9  April  yang lalu,  sekitar  jam  dua  petang,  mangsa  ke  ATM  National  Bank […]

22Apr 2014

Bertemakan “Pelaksanaan Syariah Islam yang Syumul”, Lajnah Halaqah Ilmuan Muda (HIM) dibawah Unit Mentor Council (MC) telah mengadakan sebuah program yang bertempat di  Solah Al-Falah (SAF) pada 20 April yang lalu. Program ini dinamakan dengan Ijtima’ HIM yang membawa maksud perhimpunan ahli – ahli HIM. Program ini dijalankan bertujuan untuk merealisasikan objektif yang disasarkan bagi […]

20Apr 2014

Assalamualaikum w.b.t Pada 18 April 2014 yang lalu, Mansoura Medical Team (MMT) telah menjalankan Hari Temuduga untuk mencari ahli MMT yang baharu di Solah Al Falah. Objektif program adalah untuk: 1) Memberi pendedahan awal kepada mahasiswa perubatan mengenai sesi temu duga yang biasa dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 2) Menerapkan dasar professionalisme dalam kalangan mahasiswa […]

20Apr 2014

KHAMIS, 17 APRIL 2014 – Unit Mentor Council bawah pantauan Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 2014/2015 telah mengadakan program Love Islam For Eternity 4.0 (LIFE 4.0) dengan jayanya yang bertemakan “Wake up call” bertempat di Solah al-Falah (SAF) khusus untuk mahasiswa/wi tahun 1 Mansurah. Tujuan program ini diadakan untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam […]

20Apr 2014

16 April, Mansurah – Biro Kebajikan (BCARE) telah menganjurkan program Street Sadaqah 2.0. Seramai lebih daripada 50 orang telah turut serta dalam menjayakan kerja amal ini. Program bermula pada pukul 4.30 petang bertempat di markas PERUBATAN Cawangan Mansurah iaitu Solah Al-Falah.Street Sadaqah 2.0 merupakan kesinambungan daripada program Street Sadaqah 1.0 yang lepas. Berkonsepkan sedekah jalanan, […]

18Apr 2014

15hb April – Sebuah telefon bimbit milik seorang mahasiswi telah dilaporkan dicuri di surau mahasiswi, aras 3 di bangunan pelajar Program Mansoura-Manchester. Kehilangan telefon itu hanya disedari sewaktu mangsa sudah masuk ke dalam dewan kuliah. Kejadian ini dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunaikan solat zohor, beliau meletakkan beg di sebelahnya. Walau bagaimanapun mangsa berasa bersyukur […]

18Apr 2014

14hb April – Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memakai tudung di hadapan cermin. Beliau meletakkan beg di belakang dan meminta seorang mahasiswi Malaysia yang lain untuk melihatkan beg beliau. Malangnya dalam tempoh yang sekejap sahaja, begnya telah hilang dicuri. Mangsa kehilangan telefon bimbit Samsung Note 3, beberapa buku teks, kad bank dan juga wang tunai […]

17Apr 2014

15 April , Mansurah – Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam di rumah mahasiswa Malaysia di Syarik Zhorif. Ketika kejadian terdapat tiga orang ahli rumah yang berada di situ manakala seorang lagi tiada ditempat kejadian. Kejadian bermula apabila seorang warganegara tempatan berusia lingkungan 20-an mengetuk pintu rumah mangsa. Suspek kemudian memperkenalkan diri dan bertanya adakah […]